Thursday 7 March 2013

Kek Coklat Moist


Kek Coklat Moist ni paling senang nak buat
Rasanya pun sedap.
kalau ada sesiapa nak cuba, resepinya seperti di bawah :-

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak


Bahan B

1 cawan gula pasir
3 biji telor


Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


caranya :

Masak bahan A atas api yg perlahan dan ketepikan.
Kemudian putar bahan B sampai kembang.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus 45 minit.
Senang dan mudah sahaja...
So Selamat mencuba






 

Seri Muka @ Pulut Sekaya


Sekarang ni saya suka mencuba kuih muih tradisional....Resepi ni saya ambil dari Dapur Tanpa Sempadan, mmg sedap dan ada kelainan rasanya. Terima kasih pada blogger masakan kerana berkongsi resepi.

Wednesday 6 March 2013

Apam Beras

Minggu lepas rasa macam rajin sikit, so saya cuba resepi apam beras ni dari blog kak yatie Sinar Kehidupanku.....rasa sedap jugak resepi ni.....so bolehlah mencuba lagi.....